Daisypath Anniversary tickers
my lovable pumpkin
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie Maternity tickers

Tuesday, February 24, 2009

tagged by atiqah-picture of ur face..

im tagged by sis atiqah adnan!!
rules:
1) anda dikehendaki mengambil 3 pic di bahagian muka
2) pastikan di crop
3) setiap 1 pic hanya boleh menampakkan 1 @ 2 anggota sahaja..
4) huraikan sedikit tentang pic itu
5) tag sape jer asal lebih 5 org ye..

my cute face!!

my eyes!!
sebenarnye, maz ade tahi lalat di antara 2 bijik mata maz..
xbetul2 tgh la tp dekat ngn mata belah kiri

hidung!!
dek kerana hidung aku yang xmancung, jadi hisung ku sering ditarik² oleh tangan besar bongbong sbb die nak hidung ku menjadi mancung dan tajam..haishhhh mulut!!
ape nk huraikn ye??

ok im done!!
now nk tag:
♥adik
♥cik belle
♥myprecious
♥farah
♥nrina si tulip manis

muahaha mmg sengaja aku pilih mereka ini kerana aku nk melihat muka mereka2 ni secara di crop..muahahaha..sila la ye..jgn segan2 jgn memalu miow ye..

Monday, February 23, 2009

oppssss terlebih sudah..

:puteh_19:
aku hari ini sangat lah boring dan blur² itik ubi sebab aku tak ade keje...sila jangan jeles ye..memang work load aku tak seberapa nak banyak hari ini..kerja sudah settle minggu lepas..muahaha.....pekerja dedikasi kan aku?? ditambah pula bos aku tak mai kerja, so aku jadi mengular melayan perasaan di blog² orang lain dan forum di SYOK!!! oho..syok adelah forum yang tersyok pernah aku rasa..maklumlah ramai kawan² dan forumers yang boleh betul² jadi kawan..

hari ini aku terasa nak tukar header blog..tapi aku kan blur arini tp tetap nk tukar gak..dengan kepala blur dan personaliti yang tidak seberapa nak kreatif, aku pun buat la semampu dan sekreatif yang boleh..hahahahasilnya sangat la tidak cantik, tapi tak pe la kan..dah memang aku kurang berkemahiran..tapi atleast aku cuba..
:puteh_16:
alhamdulillah..sudah seminggu aku dan bongbong bertunang..syukur, semoga allah kuatkan jodoh kami dan berkati hubungan kami sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga ke akhir hayat kami..aku just nak bgtau la kan, dugaan semasa bertunang sangat² berbeza semasa bercinta tau..hati kene sabar banyak² ya amat..huhu..semangat kena kuat..wahai rakan-rakan ku, kuatkan la semangat dan banyakkan berdoa ye..kata-kata ini juga ditujukan kepada diri aku sendiri..aku sangat2 berharap allah berkati hubungan kami dan permudahkan segala urusan kami..AMIN!!!!
:puteh_2:
maziah!!! kuatkan semangat kau!! doa banyak²!! be positif and bersabar dengan segala ujian dan dugaan yang akan kau dan laki kau tempuhi..huhuhu..semoga kau kuat wahai cik maziah!! semoga kau bertambah-tambah sayang bongbong kau..dan semoga bongbong kau pun sayang kan kau seiring dengan pertambahan saiz badan bongbong..muahahaha...ampunkan yayang ye yang..ahaks...
:puteh_27:
ok la geng, aku balik dulu ye..sampai umah ngam-ngam lagi 10menet cerita SPA Q..huhu sila percaya yang aku tak pernah miss drama bersiri ini ya..kerana aku balik umah je terus melekat kat TV, so mesti la aku tengok cerita itu kan..kamu pun selamat pulang ye..jaga diri elok² sebab kamu semua kene ade disisi aku..kerana aku perlukan kamu untuk membace entry aku selepas² ini..
:puteh_1:

Friday, February 20, 2009

lu pikir lah sendiri

Dalam dunia ini, dunia kita yang fana ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri, kekuatan kita adalah keikhlasan hati kita

Tetapi dalam kita bersendiri, jangan lah kita lupa dan tidak menyedari.

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita, andai dapat kita lihat kita amat beruntung.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Dia turut mengharap dengan harapan yang serupa.

Mampukah kita memberinya, tanpa berat sebelah dan seadil-adilnya.

Adakah sanggup kita meninggalkannya, di saat-saat dia perlukan kita.

Adakah kita tahu isi hatinya, sedangkan dia sentiasa menyelam isi hati kita?

Susah nak cari dan nilaikan sahabat kita?

:snow14:

Thursday, February 19, 2009

♥Why wedding ring should be put on the fourth finger??

credit to kuchitaro site..and juju..

Thumb represents parents
Second finger represents brothers & sisters
Center finger represents own self
Fourth finger represents your partner
Last finger represents your children
Really interesting

Why wedding ring should be put on the fourth finger??
Pls read the following, you may not believe that really god made this a miracle (this is from a Chinese excerpt) but still interesting!

Firstly, join your palms as shown in photo below, center finger bend and put together back to back
Secondly, let the rest of the 4 fingers touch tips to tip
Game begins, follow the instructions below for all the 5 fingers but only 1 pair can split.

Try to open your thumb, the thumb represents parents, it can be opened because .... ............. Whoever may be, our parents will leave us one day.
Please close up your thumb, then open your second finger, this finger represents brothers and sisters, they do have their own family which is the reason that they will leave us too.
Now close up your second finger, open up your little finger, this represents your children.. Sooner or later they too will leave us for they got they own living to live nevertheless, close up your little finger, try to open your fourth finger in which we put our wedding ring; you will be surprised to find that it cannot be opened at all. Because it represents husband and wife, this whole life you will be attached to each other

Real love will stick together ever and forever. . . ………..

Wednesday, February 18, 2009

Terus berdoa, sekalipun zahirnya seperti tidak dimakbulkan

SOALAN:Berdoa kepada Allah untuk memohon sesuatu adalah digalakkan, dan yang paling makbul doanya adalah yang paling hampir kepada Allah. Kita telah banyak berdoa, termasuk orang-orang yang soleh di kalangan kita, tetapi semacam tidak dimakbulkan, mengapa berlaku demikian, pernahkah doa Rasulullah s.a.w., tidak dimakbulkan Allah SWT.

JAWAPAN:Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.

Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.

Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.

Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.

Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.

Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.

Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.

Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.

Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.

Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.

Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.

Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.

Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.

Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan. "

Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."

Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.

Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."

Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.

Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba- Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.

Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.

Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.

Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.

Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."

Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.

Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.

Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.

Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."

Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.

Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.

Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.

Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam.

Tuesday, February 17, 2009

bagaimana cincin boleh berada dijari ku?

huhu lame ku pendam kisah ini..sejak 2 mggu yg lalu lg..muahaha...ingt x entry aku yg sengaje buat org tertunggu² n tertanye²..yg ni dan yg ni...dan yg meneka dgn betul, ye anda betul!! tp sowi ye, xde adiah ler..nti la aku blanje.......time aku kahwin ye...belanja nasi minyak..hahaha..aku sgt suke!!!

mggu lepas yakni ari ahad 8th February 2009, aku, yus ngn family die termasukla bonda, ayahanda dan adinda yus berhajat nak beli cincin merisik..memule g la datuk keramat, tp xbnyk choice kt sane..so head to carefour wangsa maju, g wah chan..huhu..sgt seronok lak bile masuk kedai emas ni..cik belle, i da tersuke emas la, gile u..bnyk tul emas² cantik..walllaaaa...'i'm sowi' ye cik belle bak kate amer..tp xde la suke smpi nk pki berdoyon² smpio siku kn, smpi sume jari ku penuh kn..aku tidak begitu..setelah terjumpe cincin merisik yg muat di jari dan berkenan dihati, tetibe bonda bongbong suh pilih cincin tunang pule..aku agak terkezut beruk dsitu kerna tidak menyangka akan beli sekali gus..muahaha..seronok disitu!!

on the same day sahabat baik ku juga dirisik!! hahaha...mcm da plan je nk saing2 kahwin sesame..muahahahaha..ceronok lg disitu!!!

then, ahad bebaru ni yakni 15th February 2009, rombongan keluarga bongbong mai dtg umah, tepat kul 4suku mereka sekeluarga berjaya mendaki ke rumah aku setinggi 5 tingkat..cian kt mak die, sgt2 semput ku tgk kn..setelah berbincang, cincin pun disarung oleh kekanda bongbong yg sgt jelita itu..huhu seronok disitu...

ni bakul buah yg aku decorate sendiri nk kasi keluarga bongbong..

alhamdulillah semuanya berjalan ngn lancar...dan ntah knape start mlm tu, aku ade rase sumthing yg sgt² len..sgt² pelik...perasaan yg sgt takut akan kehilangan die..serius aku rase takut sgt..huhu..cuak seh..gerun pun ade..TAKOT SANGAT!!!

owh ye, bukan aku sengaja xmau bgtau awal2..aku takut kalu2 xjadi jek..ni bgtau da tunang ni pun takut gak pe, mane la tau kn, ape2 hal jd..huhu, lgpun aku xde bt majlis mggu lepas..mmg xleh nk bt majlis pun sbb umah ku kecil jek..yg ade maklong dan QIS jek..mekasih ye qis sbb sudi dtg teman maz....appreciated ur help jugak...rajin anak dara sorang ni..untung sape dpt qis..hehehe...mule mmg diorg dtg nk merisik je, tp da alang2 xde buat majlis pertunangan so sarung je la cincin tunang skali..huhu..so kengkawan ku semua, doakn aku ye..doakan takde perkara yg tak elok terjadi..doakan kami bahagia hingga da kahwin n pastu smpi la ke akhir hayat kami...

kepada yg mendoakan, TERIMA KASIH, kepade yg bertanye², TERIMA KASIH, kepada yg mengambil berat, TERIMA KASIH..thank you so much!!!

and now, i have one more reason y i'm not celebrating valentine..ye, kamu tau kn celebrate valentine itu berdosa...walaupun it's 15th February 2009, huhu next year we will celebrating our engagement anniversary smpi bile² even at that time we already married...ops! bile ye agak² nye tarikh nikah kami?? hohoho, boleh kah aku membuatkn kamu menunggu jawapan nye lg??

buat bongbong ku: terima kasih sbb terima syg yg tak seberapa ni..syg sayang abg sgt²!!

Monday, February 16, 2009

Friday, February 13, 2009

ahad yg ditunggu-tunggu~~~

:snow35:
aku takut ahad ni..
:snow08:
Ya Allah, semoga kau permudah kan segala nya..
:snow32:
amin..

Thursday, February 12, 2009

Radio-Sheila On 7

i've been tagged by Farah!! quite an interesting tag!! enjoy it..

1. Put your music on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!
4. Tag 10 friends who might enjoy doing the memo as well as the person you got the memo from.

IF SOMEONE SAYS "IS THIS OKAY" YOU SAY?
:: Coba - Faizal Tahir :: *note: haha! interesting..

WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?

::
If I Were A Boy - Beyonce :: *note: oh no!! @guling

HOW DO YOU FEEL TODAY?

:: Histeria (OST Histeria) - Nadia AF6 :: *note: i'm having fun here..

WHAT IS YOUR MOTTO?

:: Lagu Kita - Aizat :: *note: love bongbong so much!!@cinta

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?

:: Masih Menyayangimu - ST12 :: *note: love it!!

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?

:: Hati Ini Telah Dilukai - Kris Dayanti & Ajai :: *note: ala, knpe mcm tu!!


WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

:: Disturbia - Rihanna :: *note:
@guling

WHAT IS 2+2?

:: Niat - Elyana :: *note: apakah yg tersirat?


WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?

:: Stand by me (OST 200pounds of beauty) - Ben E King :: *note: this is so true!!


WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?

:: Segalanya (AIM'04) - Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Ziana Zain, Ning Baizura :: *note: my bongbong is my everything!! (ni sumpah xtipu)

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
:: Womenizer - Britney Spears ::
*note: aku ngah gelak ni!!@setan

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?

:: Here Without You - 3 Doors Down :: *note: OMG


WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?

:: Ku Ingin Selalu Disampingmu - Uji Rashid :: *note: Wakaka..nk mati sesame ke?


WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?

:: Cinta Terhalang - Bob :: *note: cinta siapakah yg terhalang ni..??

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?

:: Better Man - Robbie William :: *note: Insyaallah!! Amin!!

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
:: Terima Kasih Cinta - Afgan :: *note: hobi ku bercinta!!
@cinta

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
:: Gagap - Stacy :: *note:
@guling

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?

:: Gemuruh - Faizal Tahir ::

WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
:: Beautiful Girl - Kim Ah Joong :: *note: ohhh, i'll never be beautiful...:(


WHAT MAKES YOU CRY?

::
Para-para Sakura - Aaron Kwok :: *note: unnecessary..

WHAT MAKES YOU LAUGH?

:: Sakit Orang Lelaki (Watimang Landak) - Faizal AF4 :: *note: mmg aku gelak je dgr lagu ni..

WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
:: Kasih Sayang (OST Mutiara Hati) - New Sakha :: *note:: ni lagu indonesia cerita mutiara hati..


HOW WILL YOU DIE?

:: I Love You - Celine Dion ::

WILL YOU EVER GET MARRIED?
:: Siapa Aku - Suki :: *note: nk kahwin!!
@jelir

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
:: Best In Me - Blue :: *note:: Amin!!
perhaps..

DOES ANYONE LIKE YOU?
:: Ice Box - Omarion ::

WHAT SCARES YOU THE MOST?
:: I Wanna Love You - Akon feat. Snoop Dogg ::


IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?

:: Survivor - Destiny's Child :: *note: hey loser, see!! i'm a survivor!!

WHAT WOULD YOU SAY, WHEN YOU MEET YOUR BOSS?
:: Puspa - ST12 :: *note: xmungkin, boss aku laki..


WHAT WILL YOU POST THIS AS?

:: Radio - Sheila On 7 :: *note: lagu ni from qis!!

Now i'am tagging::
♥adik
♥qis
♥lilylover
♥atiqah adnan
♥Fazemy
♥ixora
♥yanie putrajaya
♥myprecious
♥xnx
♥zaza


korang kne jujur bt ni tau..and jgn terkejut plak bile ade yg terkena...

erk..!!!! bil tepon da sampai!!!!!

(sile picit gambar untuk tumbesaran yg sihat)

cube korang nengok bil kt atas ni..
time aku g singapore..
sila tgk incoming and outgoing call tu..
mahal giler!!!!!
:bofu_37:
mcm tak caye jek!!!
ni hp abah sebenarnye..
aku malas nk bt roaming kt hp aku..
sebenarnye lupe nk pi buat..
tp aku da janji nk kol bongbong ku dgn menggunakn khidmat hp abah ku..
hehehehe...
back to the point..
sile lihat bil..
mahai dak?
semenet da 5hengget....uuuuuiiiitttt...
:bofu_47:
cekek leher btui....

****************************************************
berkenaan entry aku yg lepas, bnyk nye spekulasi..
walau bagaimana pun.....
aku akan cerita gak tp bukan sekarang...
nk cerita kne ade feeeeeeeelll....
now, im not feeling well....
ngeeeeee~~~
aku masih lg selseme...
so tguuuuuuuuuuu....

Tuesday, February 10, 2009

200:::bnyk bende nk cerita tapi....

mmg aku ade bnyk bende nk cerita dan nk kongsi ngn sume org..tp aku tgh xselesa skrg ni, aku selsema..aku bru je ditendang kuar dr meeting sbb aku selseme ni..cian nengok kn aku menahan sejuk aircon smbil selubung ngn selendang pashmina itam aku ni smbil bersin..aku tau diorg pun tak selese tgk aku xselesa ni..hehehe..aku suke jek, boring tul dlm meeting room tu..bincang pasal bende yg sgt serius..dan aku xsuke..dan aku terselamat dr keadaan sejuk beku dan dingin dek meeting yg strees dan tegang tu..huhu..

mmg aku nk cerita kt korg sume ape yg jd kt aku ahad baru² ni..mane yg aku ngn parents yus pegi dan ape yg kami buat dan ape yg kami cuba rancangkan..ye.....kami merancang sesuatu yg telah direstui, sesuatu yg menyeronokan tp aku nk tggu misi utama ni tamat dulu ari ahad ni, baru best nk cerita..dan baru best bt korg tggu kn...

dan jugak aku nk cerita kt korang ape jd kt besrfriend aku, mardiah..pun sesuatu yg menarik..dan akan aku kecapi ahad ni jugak..nk tau ke?

ngehngehngeh..gelak gatal nama nya ni..ape² pun aku akan cerita jugak kt kome sume..tp tgu je la ye..ahad ni aku cerita klu aku xpenat..klu penat, tggu isnin yo..ape² hal pun i lap u all my friends..but love bongbong sgt2 bnyk!!!!

Thursday, February 5, 2009

HAPPY BIRTHDAY QIS!!!



dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara diatas.

dimaklumkan bahawa entry (dlm bahase melayu baku ape ek, aku blur la..) ini merupakan auto publish (aku xpndi translate) yang saya sudah sediakan sejak hari selasa..tujuan saya membuat entry ini awal-awal adalah kerana saya tidak akan berada di office pada hari khamis disebabkan saya akan bertugas di PWTC untuk Booth Balloting untuk MATTA Fair March 2009..

saya bagi pihak diri sendiri dan mohd yusrizal a.k.a bongbong, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Lahir pada cik Qistina yang beralamat di Kajang, menyewa di Universiti dan bekerja di Menara TM, Bangsar yang suka lepak old town dan syok.org dan seangkatan dengan nya..

saya mengetahui bahawasanya cik Qistina tidak akan dapat melihat paparan video youtube diatas ditempat cik Qistina bekerja, tetapi saya tujukan juga video diatas untuk cik Qistina dan oleh itu, cik Qistina perlu lah bersusah payah mencari lokasi komputer yang boleh mengallow cik Qistina mereview paparan video youtube diatas..ngeeee~~~

diharapkan pihak cik Qistina sentiasa gembira, gumbira dan happy(same je maksudnye) serta dimurahkan rezeki dan diberkati allah taala..disamping itu, kami mendoakan cik Qistina akan lebih berjaya dalam hidup serta bahagia disisi orang yang disayang..♥

"majulah sukan untuk negara"

yang benar,

Wednesday, February 4, 2009

199:::otak ku yang kesewelan

:cinonet_13:
nothing much bout me..
cume melayan kesewelan jiwa aku yg ntah pape ni..
smlm kt opis agak boring..
hanim MC..pastu ptg ade meeting which im not involved..
so sunyi skit..
dan aku bertambah sewel..
dek kesewelan aku ni
aku mencuri keyboard baru yg berada di computer server tu ha..
keyboard tu baru beli dlm bulan lepas..
dan keyboard tu hanye RM40.00 je..xmahal mane pun..
beli sbb keyboard komputer tu sgt sewel..
yg best nye keyboard ni xbebunyi bile di ketok²..
kihkihkih..tp ni bukan yg keyboard getah tu tau..
keyboard bese..kihkihkih...
klu aku duk berchatting da xkn bunyi ketak ketuk kuat-kuat laju-laju..
hehehehe...
:cinonet_25:
bukan aku sorang je sewel sbnr nye..
member aku pun same..tp xleh nk reveil lak sape die..
die ngn bangga nye memaksa dan membuli aku masuk satu website ni..
dan secara bangga jugak suh aku register..
nasib bek la rm10 jek..
demi menolong member, aku pun register la..
dan ini hasil nye..
tercipta la url aku pula..
so aku pun promote ler kt sini..
pejadah pun aku xtau..bio kn ler..
korang tafsir la sendiri ye..
:cinonet_10:
aku rindu bongbong..
cmne? da sehari xjumpe ni..
:cinonet_40:
k la..nnti² aku melalut lg ye..
:cinonet_04: