Daisypath Anniversary tickers
my lovable pumpkin
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie Maternity tickers

Tuesday, February 24, 2009

tagged by atiqah-picture of ur face..

im tagged by sis atiqah adnan!!
rules:
1) anda dikehendaki mengambil 3 pic di bahagian muka
2) pastikan di crop
3) setiap 1 pic hanya boleh menampakkan 1 @ 2 anggota sahaja..
4) huraikan sedikit tentang pic itu
5) tag sape jer asal lebih 5 org ye..

my cute face!!

my eyes!!
sebenarnye, maz ade tahi lalat di antara 2 bijik mata maz..
xbetul2 tgh la tp dekat ngn mata belah kiri

hidung!!
dek kerana hidung aku yang xmancung, jadi hisung ku sering ditarik² oleh tangan besar bongbong sbb die nak hidung ku menjadi mancung dan tajam..haishhhh mulut!!
ape nk huraikn ye??

ok im done!!
now nk tag:
♥adik
♥cik belle
♥myprecious
♥farah
♥nrina si tulip manis

muahaha mmg sengaja aku pilih mereka ini kerana aku nk melihat muka mereka2 ni secara di crop..muahahaha..sila la ye..jgn segan2 jgn memalu miow ye..

Monday, February 23, 2009

oppssss terlebih sudah..

:puteh_19:
aku hari ini sangat lah boring dan blur² itik ubi sebab aku tak ade keje...sila jangan jeles ye..memang work load aku tak seberapa nak banyak hari ini..kerja sudah settle minggu lepas..muahaha.....pekerja dedikasi kan aku?? ditambah pula bos aku tak mai kerja, so aku jadi mengular melayan perasaan di blog² orang lain dan forum di SYOK!!! oho..syok adelah forum yang tersyok pernah aku rasa..maklumlah ramai kawan² dan forumers yang boleh betul² jadi kawan..

hari ini aku terasa nak tukar header blog..tapi aku kan blur arini tp tetap nk tukar gak..dengan kepala blur dan personaliti yang tidak seberapa nak kreatif, aku pun buat la semampu dan sekreatif yang boleh..hahahahasilnya sangat la tidak cantik, tapi tak pe la kan..dah memang aku kurang berkemahiran..tapi atleast aku cuba..
:puteh_16:
alhamdulillah..sudah seminggu aku dan bongbong bertunang..syukur, semoga allah kuatkan jodoh kami dan berkati hubungan kami sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga ke akhir hayat kami..aku just nak bgtau la kan, dugaan semasa bertunang sangat² berbeza semasa bercinta tau..hati kene sabar banyak² ya amat..huhu..semangat kena kuat..wahai rakan-rakan ku, kuatkan la semangat dan banyakkan berdoa ye..kata-kata ini juga ditujukan kepada diri aku sendiri..aku sangat2 berharap allah berkati hubungan kami dan permudahkan segala urusan kami..AMIN!!!!
:puteh_2:
maziah!!! kuatkan semangat kau!! doa banyak²!! be positif and bersabar dengan segala ujian dan dugaan yang akan kau dan laki kau tempuhi..huhuhu..semoga kau kuat wahai cik maziah!! semoga kau bertambah-tambah sayang bongbong kau..dan semoga bongbong kau pun sayang kan kau seiring dengan pertambahan saiz badan bongbong..muahahaha...ampunkan yayang ye yang..ahaks...
:puteh_27:
ok la geng, aku balik dulu ye..sampai umah ngam-ngam lagi 10menet cerita SPA Q..huhu sila percaya yang aku tak pernah miss drama bersiri ini ya..kerana aku balik umah je terus melekat kat TV, so mesti la aku tengok cerita itu kan..kamu pun selamat pulang ye..jaga diri elok² sebab kamu semua kene ade disisi aku..kerana aku perlukan kamu untuk membace entry aku selepas² ini..
:puteh_1:

Friday, February 20, 2009

lu pikir lah sendiri

Dalam dunia ini, dunia kita yang fana ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri, kekuatan kita adalah keikhlasan hati kita

Tetapi dalam kita bersendiri, jangan lah kita lupa dan tidak menyedari.

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita, andai dapat kita lihat kita amat beruntung.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Dia turut mengharap dengan harapan yang serupa.

Mampukah kita memberinya, tanpa berat sebelah dan seadil-adilnya.

Adakah sanggup kita meninggalkannya, di saat-saat dia perlukan kita.

Adakah kita tahu isi hatinya, sedangkan dia sentiasa menyelam isi hati kita?

Susah nak cari dan nilaikan sahabat kita?

:snow14:

Thursday, February 19, 2009

♥Why wedding ring should be put on the fourth finger??

credit to kuchitaro site..and juju..

Thumb represents parents
Second finger represents brothers & sisters
Center finger represents own self
Fourth finger represents your partner
Last finger represents your children
Really interesting

Why wedding ring should be put on the fourth finger??
Pls read the following, you may not believe that really god made this a miracle (this is from a Chinese excerpt) but still interesting!

Firstly, join your palms as shown in photo below, center finger bend and put together back to back
Secondly, let the rest of the 4 fingers touch tips to tip
Game begins, follow the instructions below for all the 5 fingers but only 1 pair can split.

Try to open your thumb, the thumb represents parents, it can be opened because .... ............. Whoever may be, our parents will leave us one day.
Please close up your thumb, then open your second finger, this finger represents brothers and sisters, they do have their own family which is the reason that they will leave us too.
Now close up your second finger, open up your little finger, this represents your children.. Sooner or later they too will leave us for they got they own living to live nevertheless, close up your little finger, try to open your fourth finger in which we put our wedding ring; you will be surprised to find that it cannot be opened at all. Because it represents husband and wife, this whole life you will be attached to each other

Real love will stick together ever and forever. . . ………..

Wednesday, February 18, 2009

Terus berdoa, sekalipun zahirnya seperti tidak dimakbulkan

SOALAN:Berdoa kepada Allah untuk memohon sesuatu adalah digalakkan, dan yang paling makbul doanya adalah yang paling hampir kepada Allah. Kita telah banyak berdoa, termasuk orang-orang yang soleh di kalangan kita, tetapi semacam tidak dimakbulkan, mengapa berlaku demikian, pernahkah doa Rasulullah s.a.w., tidak dimakbulkan Allah SWT.

JAWAPAN:Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.

Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.

Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.

Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.

Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.

Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.

Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.

Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.

Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.

Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.

Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.

Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.

Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.

Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan. "

Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."

Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.

Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."

Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.

Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba- Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.

Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.

Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.

Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.

Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."

Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.

Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.

Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.

Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."

Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.

Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.

Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.

Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam.