i found this in my email..might give u some advise, also to others..
Gembirakan mereka bukan sekadar ucapan sekali setahun ketika sambutan hari tertentu………
Kita baru sahaja menyambut Hari Ibu dan memang ibu adalah ratu. Banyak sumbangan daripada seseorang bernama ibu. Sempena sambutan itu, kita mendengar di radio dan TV serta akhbar anak yang prihatin memberi ucapan selamat untuk ibu.
- Anak mestilah mendengar nasihat ibu bapa ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Sebagai anak kita tidak boleh bercakap kasar dan meninggikan suara kepada ibu bapa.
- Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa paling kurang berdoa sebanyak lima kali sehari selepas solat farhu.
- Menjaga kebajikannya seperti makan minum dan kesihatan ibu bapa sepatutnya diberi belanja bulanan ikut kemampuan kita apatah lagi jika mereka miskin. Bagi ibu bapa yang mampu, pemberian itu satu penghargaan.
- Anak-anak jangan menyanggah atau menentang ibu bapa. Layani dan hormat mereka dengan bahasa yang baik dan bersopan santun. Ini mengelak diri daripada menyakiti hati ibu bapa.
- Hanya satu perkara boleh ditentang , jika ibu atau bapa itu menentang ajaran agama Allah. Tetapi ini jarang berlaku.
- Jangan sesekali bersikap keras, kurang ajar, marah kepada ibu bapa. Gunakan bahasa sopan ketika bercakap dengan mereka walaupun menegur kemungkaran.
- Jangan sampai retak perhbungan mesra dan kasih sayang dengan ibu bapa. Jika bersama pasangan balik kampong atau bersama ibu bapa jangan bermesra sangat depan mereka, lebihkan ibu bapa.
- Jika ibu bapa sudah tua dan uzur jagalah kesihatannya. Jangan menghantar ke rumah orang tua. Ini bagi mengelak perasaan dan jiwa ibu bapa tersisih atau dipinggirkan.
- Jaga dan layan ibu bapa yang tua dan uzur dengan sabar serta tabah. Gembirakan ibu bapa dan berikan kebahagian dan dijaga dengan baik oleh anak sendiri.
Firman Allah mengenai tanggungjawab dan kewajipan anak terhadap ibu bapa yang bermaksud “Dan, Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya) ; dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman, ayat 14)
Daripada firman itu Allah memperincikan beberapa yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa dan manusia wajib bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada mereka. Jika ibu bapa meninggal dunia, beberapa perkara kebaikan dan adab baik untuk ibu bapa antaranya:
· Berdoa dan beristigfar - memohon Allah kurniakan keampunan mereka supaya dimasukkan mereka ke dalam golongan orang yang soleh.
· Menyempurnakan perjanjian, jika ibu bapa mengikut sebarang perjanjian dengan orang lain.
· Memuliakan saudara dan sahabat handai si mati. Anak hendaklah menghormati dan memuliakan saudara dan sahabat handai si mati seperti yang dilakukan oleh ibu bapa ketika hayat mereka masih ada.
· Menyambung silaturahim kepada orang lain yang tidak sempat disambung oleh si mati sebelum meninggal dunia.
Hanya orang yang mempunyai anak akan tahu betapa cintanya ibu dan bapa kepada anaknya. Mereka tidak mengharapkan balasan daripada anaknya. Balasan untuk ibu bapa daripada anak adalah sentiasa melakukan amal ibadat dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.
Hadis Rasullulah s.a.w ada menyebut: “ Apabila mati seseorang anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, memanfaatkan ilmu yang diambil orang dan anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.”
Banyak kata-kata mengenai anak dan ibu bapa antaranya; “Anak yang baik bukan lahir daripada ibu bapa yang tidak mengenal orang tuanya. Anak adalah gambaran ibu bapanya. Orang tualah yang membentuk hitam dan putih peribadi seseorang anak itu, seperti sehelai kain putih”.






..if baby boy, u play football with ayah and pak lang k..kalau baby girl, u can learn taekwondo to protect yourself when u grow older..wah, ibu dah plan for you..whatever it is, ur future is all depends on u..u r free to do whatever u want as long as u know the limit..i love you so much baby..ibu doakan baby membesar dengan sihat dan kuat!! cewaaah mcm lagu milo plak..
hahaha, baby have to be strong so baby can take care ibu nanti..baby kene ade iman yg kuat, sebab nowadays org yg kuat semangat n iman saja can survive..
..but lucky me n u coz we have someone who loved us so much..sudah tentu lah ayah!! ayah la tukang urut ibu tiap² malam..
xtau la mcm mane kalu tak de ayah..really need ayah around..and really appreciate him..dulu kalu badan ayah sakit² or sengal², ibu la yg urut ayah, siap berdiri belakang ayah lagi
..now, ayah plak urut ibu untuk keluarkan angin..penat tau sayang..tapi ayah selalu kuatkan semangat ibu, he always said, once baby da kuar, da nmpk muka baby, tentu da xrase ni sume..owh, i've been waiting for that time..now dah nk masuk 7 months..another 2 months je baby..i'm preparing myself to be a good mother..insyaallah i'll be one..

