ibu nak share sesuatu ni..ni pun ibu ambil from majalah pa & ma..all this i did to my cute little baby..ibu hope baby will grow up fast dan jadi budak bijak!!
Bayi yang masih kecil belajar mengenai pergerakan, komunikasi, sosial dan persekitarannya dengan cara bermain. Untuk dua tiga bulan pertama kehidupannya, bayi anda akan belajar dengan anda.
Perkara pertama bayi anda akan belajar ialah sentuhan, bunyi suara dan mimik muka yang anda lakukan kepadanya. Malah anda juga boleh menggalakkan stimulasi dengan senyuman, bunyi yang lembut dan sentuhan. Stimulasi ini merupakan ‘senaman’ kesihatan buat bayi anda yang masih kecil.
Aktiviti menukar pakaian

Sewaktu menukar pakaian atau lampin dan waktu dimandikan, anda boleh berbual mesra dengannya. Sambil menyalin pakaian gunakan perkataan indah untuk merangsang minda bayi seperti “cantiknya anak ibu” dan “bucuk wanginya anak ibu”. Sambil itu bermainlah dengan jarinya. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira.
:::ibu suka campak lambung² baby selepas mandikan baby supaya baby tak gayat..
Mainan ringkas

Dalam beberapa minggu bayi anda boleh diperkenalkan kepada beberapa barang permainan yang ringkas yang mempunyai bunyi dan boleh di sentuh. Permainan itu seperti rattles, permainan lembut dan anak patung yang mempunyai melodi yang lembut.
:::ibu belum beli lagi rattles ni..but ibu berkenan lah nk beli playmat macam kat bawah ni..boleh merangsang deria melihat dan sentuhan baby..nanti ibu ask ayah buy for you ye..
Berbual mesra
Cakap dengan bayi anda. Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra.
:::baby suka senyum bila ibu borak dengan baby..semua orang suka borak dengan baby..nenek plak suka nyanyi..and baby pasti senyum, macam faham je..
Sentuhan kasih sayang
Apabila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, lakukan sesuatu untuk menarik minatnya. Cuba menyanyi, menunjukkan senyuman gembira atau mencium tubuh bayinya itu. Senyuman dan suara anda ketika bercakap dengannya akan membuatkan dia merasa selesa dan selamat. Ini kerana suara dan sentuhan anda dia sudah biasa didengari akan membuatkan dia berasa selamat dan selesa.
Ketika menyusukan bayi, ibu jangan hanya memandang wajah bayi. Sebaliknya ungkapkan kata-kata manis untuk merangsang bayi. Perkataan seperti “anak ibu comel’ dan “anak ibu sayang” boleh digunakan bagi tujuan itu.
Waktu tidur

Apabila bayi menangis atau menguap, ini memberi tanda waktu untuk tidur sudah tiba. Bayi yang berusia lebih kurang 3 bulan memerlukan waktu tidur hampir lebih kurang 20 jam sehari. Jangan abaikan waktu tidurnya ini. Jadikan ia waktu yang berkualiti. Wujudkan persekitaran bilik yang nyaman untuk bayi tidur dengan selesa.
credit to: majalah pa & ma












tp apakan daya..hehe, sebenarnye ni ayat2 malas keje dah ni..i need new environment!! new job!! new experience!! mcm merungut lak, mcm xbersyukur pun ade gaya nye ni..
haha, bukan ape baby..ibu rase dah xbest keje sini..dah 2 thun 6 bulan ibu kt sini..tp ibu rase mcm ibu xcapai my passion pn..makin xseronok kerja skrg ni..gaji pun takat tu je..ermm, sorry..bukan nk merungut xbersyukur..cume luahan rase..







